Live GreeN, Live SmarT, Live Sustainable...

Sunday 13 March 2011

Nur Syairah Bt Ayob D20072031105


DESIGN 1 - MODERN AND TECHNOLOGY


Taman direka berasaskan moden dan berteknologi untuk aktiviti komuniti. Komuniti di kawasan ini adalah terdiri daripada kawasan sekitar Proton City. Konsep taman ini adalah aktiviti pekebunan dan penanaman komuniti dalam mengisi ruang masa dan aktiviti riadah. Reka bentuk dan aktiviti tersebut adalah:
  • Aktiviti penanaman menggunakan kotak semaian yang direka bentuk bertingkat bagi menjimatkan ruang dan setiap kotak semaian mempunyai penjaga iaitu dari golongan penduduk disekitar tersebut.
  • Ruang santai dan aktiviti riadah seperti membaca disediakan. Ruang santai direka bentuk berasaskan sistem solar, di mana apabila waktu malam ruang santai tersebut akan berlampu. terdapat juga kerusi yang direka bentuk moden berasaskan reka bentuk daun bagi mewujudkan suasana moden.
  • Terdapat juga ruang rehat berhadapan dengan tasik yang direka berasaskan struktur badan manusia. Tempat rehat ini direka khas kepada pengguna komuniti untuk bersantai pada waktu petang atau selepas berjoging. 
  • Penggunaan lampu setiap laluan tepi tasik direka berteknologi tinggi di mana lampu tersebut direka menggunakan tenaga solar. Apabila pukul 7 malam, lampu tersebut secara automatik akan menyala sehingga pukul 6 pagi. 
  • Aktiviti pekebunan secara tradisional juga dijalankan berhampiran tasik dan setiap baris batas adalah penanaman mengikut kehendak komuniti. hasil daripada penanaman tersebut akan dijual atau diambil sendiri oleh komuniti mengikut kehendak masing-masing.
  • Rumah hijau atas bukit digunakan sebagai aktiviti penanaman fertigasi oleh komuniti yang juga dikendalikan bersama dengan orang yang mahir dalam penanaman fertigasi.




DESIGN 2 - FRUIT PLAYGROUND


Taman permainan ini direka khas bagi kanak-kanak untuk mengenali jenis-jenis buah-buahan berasaskan penglihatan dan pengalaman. Permainan utama direka satu set yang mana bertemakan pokok kelapa dan label  bacaan ringkas diletakkan disitu. Huruf A sehingga Z direka disetiap laluan di dalam permainan utama. Apabila kanak-kanak menggelusur keluar, kanak-kanak akan mengikuti laluan kaki yang direka berbentuk bunga. Setiap laluan kaki tersebut kanak-kanak akan menemui jenis-jenis buah yang direka bentuk seperti buah yang asal dan terdapat info tentang buah-buahan tersebut.
  • Pada permulaan laluan, kanak-kanak akan menemuni Epal, di mana di atas permukaan Epal tersebut terdapat ejaan Epal di dalam bahasa Inggeris dan Melayu. 
  • Seterusnya, Nenas di mana kanak-kanak boleh meneroka di dalam Nenas dan terdapat pengenalan tentang Nenas dan kitaran hidup nenas. 
  • Selepas itu, Jambu di mana kanak-kanak boleh menerokai di dalam Jambu tersebut dan terdapat gambar-gambar jenis-jenis Jambu yang terdapat di Malaysia.
  • Terdapat replika bunga yang mana di dalam setiap kelopak bunga itu terdapat gambar dan info tentang bunga-bunga yang terdapat di Malaysia dan mudah kanak-kanak mengeja dan membaca.
  • Terdapat juga permainan berbentuk Tembikai, di mana kanak-kanak boleh memasuki pada setiap lubang yang merupaka biji Tembikai. Di dalam setiap lubang tersebut mengikut kitaran pembesaran tembikai bermula di tanam sehingga dijadikan air atau makanan. Info tersebut disusun dengan menggunakan gambar dan nombor.
  • Papan gelunggsur direka berbentuk Pisang, di mana kanak-kanak boleh merasai pisang gergasi dengan menaiki dan menggelusur di dalam Pisang.
  • Bagi mewujudkan taman permainan buah-buahan, laluan kaki utama di letakkan rekaan jenis buah disetiap laluan tersebut yang terdiri daripada buah Kiwi, Belimbing, Oren dan Tembikai.
  • Pada bahagian sebelah tasik pula, komuniti dewasa menjalankan aktiviti fertegasi berhadapan dengan rumah hijau.


DESIGN 3 - GARDENING

Pekebunan untuk komuniti di Proton City. Rekaan ini terdiri sepenuhnya dikendalikan oleh komuniti. Pelbagai jenis sayuran ditanam oleh komuniti dan dijada sendiri oleh komuniti. Sayuran yang ditanam adalah jenis buah, daun, menjalar dan terdapat juga penanaman pokok buah seperti betik dan pisang. Hasil daripada pekebunan ini dibahagi-bahagi oleh komunit dan terdapat seorang ketua. Terdapat juga rumah bunga bagi aktiviti komuniti perempuan yang berminat dalam penanaman bunga.


DESIGN 4 - GARDENING

Reka bentuk design ini sama seperti design 3. Aktiviti pekebunan yang dijalankan sepenuhnya oleh komuniti. Tetapi terdapat perbezaan dari segi jenis penanaman sahaja iaitu dalam design ini, komuniti lebih menjalankan aktiviti menanam sayuran berdaun sahaja dan merupakan pemerolehan hasil yang cepat.





Fauziah Bt Abdul Muin D20072030972

DESIGN 1

Design 1 ni ala-ala macam Farm Ville la plak  hehehe…mungkin secara kebetulan. Pandangan semula jadi di tasik proton city ni memang menarik, tambah plak ada tumbuhan yang bewarna warni dan pelbagai. Penduduk sekitar proton city boleh menjalankan aktiviti berkebun sambil beriadah di sini. Mereka boleh menanam sayuran di sini seperti kobis, tomato, cili, kacang panjang dan buah-buahan. Beriadah sambil berkebun boleh la merehatkan minda dari tekanan kerja di tempat kerja. Tanaman sayuran ni boleh ditanam atas batas, dalam bekas atau pasu dan bagi sape yang nak tanam tanaman kacang panjang, mereka bolehlah  menggunakan sokongan jenis junjungan iaitu menggunakan batang kayu. Hasil tanaman yang ditanam boleh di kutip hasil dan di bawa pulang ke rumah.






  DESIGN 2
Design 2 ni direka lain skit la..sebab masukkan gambar bangunan. Bangunan ni ala-ala macam green house la ataupun biasa kita sebut rumah hijau. Dalam bangunan tu ada macam-macam jenis sayuran yang ditanam oleh pengunjung sekitar proton city seperti tomato, terung, keledek, cili dan lobak merah. Mereka yang nak berkebun boleh pilih untuk berkebun di kawasan terbuka atau di kawasan yang tertutup. Di kawan terbuka boleh ditanam bayam, sawi dan buah tembikai susu.





DESIGN 3
Design 3 nampak meriah bila kelihatan ibu bapa dan kanak-kanak turut serta dalam aktiviti berkebun. Tanaman kat sini di tanam di atas batas, petak-petak khas dan pasu. Macam-macam sayuran ada kat sini. Kelihatan pandangan menghijau membuatkan sedap mata memandang bagi sesiapa yang berada di situ. Kanak-kanak juga tak melepaskan peluang untuk mencuba tanam tanaman sayuran seperti tomato. Mereka menggembur tanah menggunakan serampang tangan. Ada yang menjaga tanaman dengan menabur baja di sekeliling anak pokok bagi memberikan nutrien yang sekucupnya kepada tanaman tersebut.



Adila Shuhada Bt Ahyat D20072031106

Design 1



Ape yang anda inginkan dalam sebuah taman? tentulah suasana yang nyaman dan santai untuk diisi seisi keluarga  atau org tersyg..taman yang sy tampilkan di sini ialah sebuah taman riadah yang mengenengahkan hobi atau aktiviti berkebun tidak kira bagi dewasa atau si anak kecil. Di samping berkebun, terdapat juga ruang santai untuk berehat dan melepak seisi keluarga, mewujudkan suasana yang lebih relax n cool..namun dalam dunia serba moden ini, dengan ciptaan bangunan yang menarik dan eksklusif tentunya lebih menarik perhatian pengunjung, that’s why di persisir tasik, tersergam sebuah curve building  ruang pejabat moden tapi simple. So, if any parent yang sibuk bekerja seharian, boleh la meluangkan masa selepas kerja bersama keluarga di tasik sambil berkebun atau bersantai dengan tenang. Kalau parent sibuk jugak..almaklumlah,parent zaman sekarng yg bz2 belaka..(even ada yang bz body)..bolehlah meneruskan kerja mereka dan menempatkan anak2 mereka di taman smbil berkebun kerana keselamatan di tasik ini adlah terkawal dan semestinya anak2 anda tentunya akan seronok dengan aktiviti berkebun bersama kawan2..


Design 2

Cool & cozy..begitulah idea dan mood yg ingin ditampilkan…suasana yang damai dan santai mewujudkan kawasan yang boleh menarik orang ramai beraktiviti. Projek tanaman sayuran yang dilaksananakan ialah di tebing dan permukaan tasik. Pelbagai tanaman dan sayuran yang ada di antaranya kangkung, bendi, kacang panjang dan pelbagai jenis lagi sayuran yang bersesuaian. Aktiviti berkebun ini adalah sesuai untuk seisi keluarga. Aktiviti penjagaan dan mengutip hasil dilakukan dengan menaiki perahu kecil yang disediakan. Terdapat komuniti yang dipertanggungjawabkan untuk setiap aktiviti bagi memastikan setiap projek berjalan dengan lancar dan sempurna. Di samping itu juga, mereka juga boleh melakukan riadah yang lain terutamanya aktiviti payung terjun yang menjadi tarikan utama di taman Tasik Proton ini. Aktiviti yang berfaedah ini diharap bukan shaja dapat memberi manfaat untuk masyarakat setempat malah orang ramai.. everyone can enjoy… sustainable your community…i like...u???



 Design 3

 Design 4
 

Asmawati Bt Shaari D20072031134


DESIGN 1

Gambar pertama....hasil merepek saya...proses percubaan sebab masih mencari-cari input yang sebenarnya..sebab masih penin dgn arahan sir R..akhirnya saya paham..tq sir R.. okies..saya membangkitkan isu komuniti di sini..thats why ada cable car..konsep kebun sayuran saya ini lebih kepada konsep kebun dalam taman..taman dalam sayur..bukan dlm hati ad taman k....so orang ramai boleh beriadah sambil melihat sayur-sayuran yang menghijau...sangat tenang k..percayala... ada orag komen org lelaki  tu duduk di tepi tasik sgt..takut terjatuh..jgn rsau dia seorng yang perkasa..(itu sya pasti)   wink! wink!...sebenarnya dia adlh penjaga kolam tu..sebab tu dia tak kisah walau duduk di tepi tasik ( ayt cover..)  tanaman sayuran yang saya tanam adalah tomato dan cili...anda nampak bangunan hijau..hmm itu merupakan ibu pejabatnya di mana segala urusan pentadbiran dan pngurusan berlaku di situ...menara???nampak tak? hmm itu menara kawalan ye..utk memantau persekitaran kebun dan taman nie..supaya sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang..ok NEXT DESIGN!



DESIGN 2

Ok bangunan bulat di belakang tu...cer teka cer teka??? itu merupakan Green House atau dalam bahasa pertanian..rumah hijau..bagus rumah hijau nie...lepas nie patut kena ada banyak rumah hijau mcam tu..sebab ia bertingkat-tingkat..banyak sikit sayur yang boleh ditanam...dekat sini kebanyakannya sayur-sayuran ditanam di dalam rumah hijau yang bulat dan juga yang menegak tu..ada banyak sayur-sayuran..
Antaranya..jeng..jeng..jeng....tomato dan cili lagi..bendi, kobis,terung dan lain-lain lagi... bangunan merah tu merupakan pusat pengumpulan hasil pertanian yang dikutip oleh petani..dekat sini pun tempat riadah gak..nampak Tom Cruise dan Katie Holmes? Mereka merupakan pengunjung tetap taman dalam kebun nie..tak percaya pun..tolong la percaya...pliz...nampak mata nie terkebik-kebil..penuh pengharapan..Pliz  Sir R...dan kawan-kawan ...Tolong percaya :-)
NEXT DESIGN!!



DESIGN 3

Kawasan ini pula merupakan tanah berbukit bukau..ala-ala Cameron Highlands...masa nie sayur-sayuran baru bertunas..so hasilnya belum ada...di tengah-tengah tu di tanam sayur kobis..dihujung sana...nampak ada traktor tu? time nie driver traktor tu tengah seronok menggembur tanah baru untuk di tanam sayur baru lak..Ala  macam sistem tanaman giliran..tau  tak? nanti dalam post akan datang Teacher Asma cita ye murid-murid... Dekat dengan traktor tu ada tanaman cili dengan tomato tau..(bukan sos cili dan tomato tau) time nie dah masak dah..(leh harvest dah, tengah tunggu turn) sebab tu la nampak merah-merah tu k...Macam biasa ada rumah hijau...ada menara kawalan,,dan bangunan pentadbiran..ha satu lagi nampak jambatan tu..kalau nak tau jambatan nie panjang jugak..sapa yang datang ke sini boleh bagi  makanan ikan dekat ikan ( mesti la dekat ikan kan...) dan dapat melihat pemandangan bukit-bukau di sini..nyaman udaranya..Pliz sila percaya lagi sekali :-) DESIGN 4 DI BAWAH NIE SAMA JA LEBIH KURANG....

OK NEXT DESIGN!!


DESIGN 5

Masa nie dah waktu senja..sebab tu nampak seram je kan..tengok lelaki tu..dia penat tu..kesian dia..satu hari keja..nak balik berehat la tu..pegang cangkul pun tak betul dah...
OK NEXT DESIGN!!!



DESIGN 6

Tanaman yang ditanam ni adalah pokok terung, labu,kobis, kobis bunga dan lain-lain...Traktor tu masih menjalankan kewajipan dengan melakukan proses penjagaan sayur-sayuran..dekat sini kita siram guna water spinkle sebab ladangnya besar bangat...kalau diperhatikan betul-betul ladang berada hampir je dengan bandar...ada taman..ada tasik....penduduk di bandar boleh datang tenangkan minda di sini melihat alam ciptaan tuhan...


DESIGN 7


DESIGN 8





PRODUKSI BAHAN MULTIMEDIA

NAMA PENSYARAH          :  EN RAMLAN BIN JANTAN
KUMPULAN                        :  B


SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini mendedahkan pelajar secara teori dan praktikal aspek multimedia dan komunikasi visual melalui penggunaan komputer. Pelajar akan mempelajari secara hands-on perisian kursus komputer dan mengaplikasikan teknik-teknik yang dipelajari dalam taipografi, reka bentuk grafik, asas animasi, multimedia linear dan multimedia interkaktif.



KIDS ANIMATION LEARN SERIES

PLIZ KLIK ME...!!!