Live GreeN, Live SmarT, Live Sustainable...

Sunday 13 March 2011

Nur Syairah Bt Ayob D20072031105


DESIGN 1 - MODERN AND TECHNOLOGY


Taman direka berasaskan moden dan berteknologi untuk aktiviti komuniti. Komuniti di kawasan ini adalah terdiri daripada kawasan sekitar Proton City. Konsep taman ini adalah aktiviti pekebunan dan penanaman komuniti dalam mengisi ruang masa dan aktiviti riadah. Reka bentuk dan aktiviti tersebut adalah:
  • Aktiviti penanaman menggunakan kotak semaian yang direka bentuk bertingkat bagi menjimatkan ruang dan setiap kotak semaian mempunyai penjaga iaitu dari golongan penduduk disekitar tersebut.
  • Ruang santai dan aktiviti riadah seperti membaca disediakan. Ruang santai direka bentuk berasaskan sistem solar, di mana apabila waktu malam ruang santai tersebut akan berlampu. terdapat juga kerusi yang direka bentuk moden berasaskan reka bentuk daun bagi mewujudkan suasana moden.
  • Terdapat juga ruang rehat berhadapan dengan tasik yang direka berasaskan struktur badan manusia. Tempat rehat ini direka khas kepada pengguna komuniti untuk bersantai pada waktu petang atau selepas berjoging. 
  • Penggunaan lampu setiap laluan tepi tasik direka berteknologi tinggi di mana lampu tersebut direka menggunakan tenaga solar. Apabila pukul 7 malam, lampu tersebut secara automatik akan menyala sehingga pukul 6 pagi. 
  • Aktiviti pekebunan secara tradisional juga dijalankan berhampiran tasik dan setiap baris batas adalah penanaman mengikut kehendak komuniti. hasil daripada penanaman tersebut akan dijual atau diambil sendiri oleh komuniti mengikut kehendak masing-masing.
  • Rumah hijau atas bukit digunakan sebagai aktiviti penanaman fertigasi oleh komuniti yang juga dikendalikan bersama dengan orang yang mahir dalam penanaman fertigasi.




DESIGN 2 - FRUIT PLAYGROUND


Taman permainan ini direka khas bagi kanak-kanak untuk mengenali jenis-jenis buah-buahan berasaskan penglihatan dan pengalaman. Permainan utama direka satu set yang mana bertemakan pokok kelapa dan label  bacaan ringkas diletakkan disitu. Huruf A sehingga Z direka disetiap laluan di dalam permainan utama. Apabila kanak-kanak menggelusur keluar, kanak-kanak akan mengikuti laluan kaki yang direka berbentuk bunga. Setiap laluan kaki tersebut kanak-kanak akan menemui jenis-jenis buah yang direka bentuk seperti buah yang asal dan terdapat info tentang buah-buahan tersebut.
  • Pada permulaan laluan, kanak-kanak akan menemuni Epal, di mana di atas permukaan Epal tersebut terdapat ejaan Epal di dalam bahasa Inggeris dan Melayu. 
  • Seterusnya, Nenas di mana kanak-kanak boleh meneroka di dalam Nenas dan terdapat pengenalan tentang Nenas dan kitaran hidup nenas. 
  • Selepas itu, Jambu di mana kanak-kanak boleh menerokai di dalam Jambu tersebut dan terdapat gambar-gambar jenis-jenis Jambu yang terdapat di Malaysia.
  • Terdapat replika bunga yang mana di dalam setiap kelopak bunga itu terdapat gambar dan info tentang bunga-bunga yang terdapat di Malaysia dan mudah kanak-kanak mengeja dan membaca.
  • Terdapat juga permainan berbentuk Tembikai, di mana kanak-kanak boleh memasuki pada setiap lubang yang merupaka biji Tembikai. Di dalam setiap lubang tersebut mengikut kitaran pembesaran tembikai bermula di tanam sehingga dijadikan air atau makanan. Info tersebut disusun dengan menggunakan gambar dan nombor.
  • Papan gelunggsur direka berbentuk Pisang, di mana kanak-kanak boleh merasai pisang gergasi dengan menaiki dan menggelusur di dalam Pisang.
  • Bagi mewujudkan taman permainan buah-buahan, laluan kaki utama di letakkan rekaan jenis buah disetiap laluan tersebut yang terdiri daripada buah Kiwi, Belimbing, Oren dan Tembikai.
  • Pada bahagian sebelah tasik pula, komuniti dewasa menjalankan aktiviti fertegasi berhadapan dengan rumah hijau.


DESIGN 3 - GARDENING

Pekebunan untuk komuniti di Proton City. Rekaan ini terdiri sepenuhnya dikendalikan oleh komuniti. Pelbagai jenis sayuran ditanam oleh komuniti dan dijada sendiri oleh komuniti. Sayuran yang ditanam adalah jenis buah, daun, menjalar dan terdapat juga penanaman pokok buah seperti betik dan pisang. Hasil daripada pekebunan ini dibahagi-bahagi oleh komunit dan terdapat seorang ketua. Terdapat juga rumah bunga bagi aktiviti komuniti perempuan yang berminat dalam penanaman bunga.


DESIGN 4 - GARDENING

Reka bentuk design ini sama seperti design 3. Aktiviti pekebunan yang dijalankan sepenuhnya oleh komuniti. Tetapi terdapat perbezaan dari segi jenis penanaman sahaja iaitu dalam design ini, komuniti lebih menjalankan aktiviti menanam sayuran berdaun sahaja dan merupakan pemerolehan hasil yang cepat.





6 comments:

  1. design 3 - pisang brand mane nie? besar gile.. hihi

    ReplyDelete
  2. nie awk touch up balik ke..dalam print cam simple jer dalam ni nampak ceria and penoh jer..by the way gud job...

    ReplyDelete
  3. xtouch up blk pn... sama jea ngan yg submit...

    ReplyDelete
  4. meriah dan ceria....

    ReplyDelete
  5. A phone call is a phone bring in which somebody converses with a few people in the meantime. The telephone calls might be intended to permit the called gathering to take an interest amid the call, or the ring might be set so that the called party simply listens into the call and can't talk. It is in some cases called ATC (sound video chat).
    Conference Calling Via Phone

    ReplyDelete

KIDS ANIMATION LEARN SERIES

PLIZ KLIK ME...!!!